Saturday, December 7, 2013

Katalah Apa Yang Kau Rasa Kau Betul

Teruskan dengan sikap begitu.
Sikap yang kau rasa kau selalu betul.
Sikap kau yang tak pernah nak say "sorry" bila kau buat salah.
Kuasa untuk menghukum bukan ada pada aku.
Lagi-lagi untuk menghakimi. Aku malas nak peduli.

Aku tak pernah anggap kau macam sampah. Kau yang buat aku macam sampah.
Ye. Semua tu salah aku. Salah aku sebab tak pujuk kau.
Salah aku sebab tak jaga hati kau.
Salah aku sebab buat kau kecik ati.
Salah aku sebab tinggalkan kau jauh di belakang.
Ye salah aku sebab tak tegur kau.
Ye. Semua tu salah aku. 
Tudinglah jari kau kat aku.
Tapi kau kena ingat. 
Allah itu Maha Adil.

Orang pernah cakap
"satu jari yang kau tuding kat orang, jari yang selebihnya tu untuk kau"
See ? 

Aku malas nak cakap banyak.
Tapi pilihan yang tepat aku tinggalkan kau.
By the way, terima kasih. 

Tuesday, November 5, 2013

Berangan.. Hahaha~

Bila malam2 aku datang sengal an and mata taknak tidur. INilah jadinya.. LOL.
Berangan lah. Itu je yang aku mampu..
Berangan nak ada kereta sendiri..
Kereta idaman aku.. Haktuihhh.. Kemain kau Hani..

See kereta idaman aku..
Hahahha~\
Gambar ditaja oleh google..
Ikutkan banyak lagi kereta idaman and gambar2 yang aku nak letak.
tapi itu semua poyo..
Hahaha~
Letak 1 je sudah.. LOL...
Tapi yang penting aku nak kaler putih okay..
Pastu transmisi nya aku nak manual.
Aku tak pandai bawak auto..
Sebabbbbb.. Sebabbbbb...
Memang tak pandailah... Dan tak reti...
 Kalau aku bawak auto, tangan aku menggagau cari gear nak tetukar and kaki kiri aku...
Rerasa nak cari clutch...

Pastu kan, lagi 1, kalau guna auto ni lambat pick up. Lahai... Aku pulak stress..
Sebab pernah sekali aku bawak kereta sepupu aku... Memang lembsss giler.
LOL.. Better manual lah and aku prefer manual walaupun tak relaks...
Then manual ni jimat minyak... Hahahahaahah~
Tetiba lak ngantuk!
Sadissss...
T____T
Good night !

Sunday, June 16, 2013

Tony Roma's , Now You See Me & Sticky Candy .

Heyyyyyyyyyyyyyyy~
Aduhaiiii lah.. Biasalah kami bertiga neh....
Minggu peperiksaan akhir tak serupa akhir pun...
Aku ngan yana, masing-masing ada lagi 2 papers.
Selasa dan jumaat. Kak phia 1 lagi paper pada selasa.
Tapi serupa dah habis paper lak kan ? Hahhahahaha.
Trolololololo~ *gelak syaitonirojim*
Nak citer...
Hari neh kita orang bertiga

Aku
Yana
&
Kak Phia

Pergi Midvalley...
Tengok citer NOW YOU SEE ME.
Ehehehehehee~
Pukul 11.30 pagi okay.. Bahhahahahaa~..
*xde gambar lak, yana tak snap gambar tiket* LOL
Tapi tiket tu ada pada dia. Dah dia booked kan sekali.
Mueheheheheheheheheheeh~

Sebelum masuk wayang tu, kami BRUNCH dulu..
Late Breakfast and Early Lunch. Gituhhhh~ Hahahahahaa~
Apa pilihan yang ada ?
Hhehehehee !
MCD je lah. Pe lagi ? LOL~
Alaa, setakat makan muffin sausage with egg set pun.
Itu pun nak nak buh kat blog?
Memang buat tabiat. LOL~

Waaa cakap lu. Aku kasi 10* untuk movie tu..
Best ! Tak caya, pergilah tengok.
Tak rugi kot.
Aku harap ada sambungan lah citer tu. Hehhehehehe !
Tapi aku nak jugak ke NY nanti, nak pasang mangga dari Malaysia kat jambatan tempat dorang shooting tu.
Macam yang dalam movie Now you see me tu...

After movie, round-round keliling Mid..
Then pergi ke cari kedai STICKY CANDY...
Yayyyyy ! Aku beli botol besar tapak tangan. 1 je..
Boleh bawak balik... RM19.90.. Hehheheheeh !



Dapat je beli Sticky Candy mix rock, round-round lagi Mid. Hahhahahhaahaa~

Round punya round.
Lapar mengundang.
Baahahahahahahah~
Pe lagi....
Tony Roma's lah pilihan hati,,,


ini dia kasi free.. Roti liat-liat kenyal.

                                                     
                                                ini yana punya. apa nama tah ?
                                                             RM29.90 tak silap.

 
                                                    ini kak phia punya.
                                                        spaghetti udang. ada nama. tapi aku lupa.
                                                      RM34.90

                                                       
                                                           ini aku punya. hehehehhe !
                                                           RM28.90




Kita orang dapat mug neh. hehehehehe~
Masing-masing minum ice lemon tea. Sebab boleh refill wa cakap lu.
RM7.90 je.
Service charge 10% le.
Gov tax pun ada. Lupa ah..
Jumlah pun lupa. Hahahhahahaha~
Having sunday uolls..

HAPPY SUNDAY..
TU JE NAK CAKAP..
Annoying gila kan ?
Biasalah nak release tension sebelum hadap lagi 2 papers terakhir katakan. Hahahaha
Alaaa.. Biasalah time study, jangan stress...
Enjoyy orang cakap....
Jangan stress.. Tak elok...
Ibu segala penyakit adalah stress...
Bahahahahhahahaha~
Kan ? Tak percaya sudah.. :D

Monday, June 10, 2013

Copy paste dari page SSTDMM . :D

Santai Petang: Pengalaman semasa di Makkah

Ketika saya menunaikan umrah di Makkah,usai solat Tarawih,saya rasa masih lapar.Saya singgah di sebuah gerai yang menjual Shawarma (Orang kita memanggilnya sebagai kebab)

Terjadi dialog seperti berikut:

Saya:Akhil kareem, wahid lahm shawarma!- (Saudara yang mulia, beri saya satu shawarma kambing)

Penjual-Aiwah.Takallam 'Arabiy? - (Baiklah,oh awak boleh berbahasa 'Arab)

Saya-Na'am.Shuwaiyya-(Ya,sedikit-sedikt)

Penjual-Min Ein?-(Kamu dari mana?)

Saya-Min Malizi-(Dari Malaysia)

Penjual-Malizi?Mahathir?

Saya-Terkedu sekejap-'arafta Mahathir?-(Awak kenal Mahathir?)

Penjual-Na'am.Ana uhibbu Mahathir,mumtaz! Syakhs Azimah!(Ya,saya sayang Mahathir,hebat.Orang yang hebat!)

Seketika kemudian shwarma saya siap.

Saya-Kam hadza? (Berapa harganya?)

Penjual itu menggeleng kepalanya.

Saya-Lish?-(Kenapa?)

Penjual-Hadiyyah minni.Ila Maliziyyun,ila ra'iyyah Mahathir! Balligh salami ilayh!(Saya hadiahkan,untuk rakyat Mahathir sampaikan salam saya padanya!)

Saya-Jazakallah.-(Semoga Allah membalas kebaikan anda)

Peristiwa ini masih segar dalam ingatan meskipun berlaku pada tahun 2009

p/s:Bahasa Arab saya memang tunggang langgang lagi ketika itu.Sila jangan komen :)

-MF-

Sunday, June 9, 2013

yes! yes! this is democracy technology. Too brilliant ! bahahahahahahahaha~

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." -berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." -Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." -merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." -pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

P/S : copy paste from page tun dr. mahathir mohamad 

Thursday, June 6, 2013

Twin Tower


-----------------------------------------------------------
Menara Berkembar Petronas , Bukan Satu Tapi 2.
----------------------------------------------------------
Ramai yang tidak mengetahui PETRONAS banyak menghabis kan wang pendapatan nya dengan membayar sewa pejabat. Merata rata bangunan sekitar Kuala Lumpur dan serata negara terpaksa di sewa oleh Petronas.

Membayar sewa untuk pejabat dan kakitangan sudah “cause a dent” in Petronas pocket.Saya juga tidak mahu cerita dari sudut teknikal sangat itu semua orang boleh research dan cari sendiri kalau rajin , kalau tidak man game sahaja dalam internet.

Saya lebih berminat dari sudut hasil kerja Pemimpin Melayu. Hasil peluh dan akal nya, nilai kan dari kerja nya dan bukan ceramah dan kata kata nya.Dari sudut emosi keberhasilan akal pemimpin melayu yang beragama Islam ini. Itu lah sudut yang saya minat nak kabar kan.

Ketika syarikat mengurus keranda cina pun sudah miliki bangunan sendiri dan syarikat buat curry powder sudah ada menara sendiri ,mana mungkin Petronas tidak miliki satu bangunan untuk menempat kan kakitangan nya dan perkakas pejabat nya, tentu lah jengkel, betul tak?

Kebetulan pula negara di perintah oleh Perdana Menteri yang kuat kerja yang intoduce kan “punch Card” macam lagu Allahyarham Sudirman yang pagi pagi lagi dia sudah terpacak di pejabat kerana ghairah mahu bekerja. Tentu lah PM ini mahu Petronas ada bangunan sendiri demi nak save kan kos penyewaan.

Untuk pengetahuan rakyat PM ini juga yang introduce “name tag” supaya kakitangan kerajaan bekerja dengan nama terpampang di dada supaya orang lain boleh kenal , kalau minum teh lama lama pun orang boleh sebut nama nya di kantin.Dan kalau malas dan lembab di kaunter rakyat boleh sebut nama nya.Kalau mintak duit bawah meja lagi lah senang rakyat sebut nama nya.Jadi terpaksa lah kakitangan kerajaan bawa pulang gaji halal kerja ikut waktu dan tidak ponteng. (hahahah )

_______________________________________________

Berbalik kepada kisah Twin Tower ni, pendapat PM ini jika boleh bina satu penempatan syarikat Minyak ini tentu lagi mudah dan cost saving dari sudut administrative. Despatch pun tidak perlu lah keliling kota sebab unit dan division sudah ada dalam satu bangunan, tambah ia nya “add value” kepada nilai syarikat Petronas.

Motif bangunan ini pula pada mula nya di ilham ia di lakar kan dengan motif Islam yang awal nya di coreng di atas kerta tisu sahaja sebelum di serah kepada akitek PM ini berkelulusan perubatan tapi mahu tahu banyak perkara dalam bidang lain, maka di rujuk nya sana dan sini bertanya pendapat. Maka akhir nya berbentuk lah ia nya seperti kubah tinggi.

Ada lah pada mula nya bangunan ini mahu sepenuh nya di hadap kan tepat
kepada KIBLAT , tetapi atas sebab masalah tanah mendap dan teknikal lain maka terpaksa di mereng kan sikit.

Asal nya tanah ini ada lah kawasan Lumba kuda, tiap sabtu dan ahad penuh dan
sesak lah dengan kaki kuda, kini sabtu dan ahad penuh dengan bas dan kereta serta pelancong. Itu juga transformasi.

Kerana kebijaksanaan pencipta dan pengarah nya ia itu Tun Mahathir sendiri , kontraktor untuk 2 bangunan ini di pilih dari dua negara yang sememang nya tidak boleh kalah antara satu sama lain.Maka sikap tidak mahu tewas kepada pihak lagi satu maka berlumba lah mereka berkerja untuk siap kan bangunan yang telah di peruntukan untuk syarikat masing masing ini. Cabaran nya ia lah jika kontraktor salah satu bangunan ini sampai dahulu ke tingkat yang ada “skybridge”maka kontraktor itu di kira lebih bagus.

Tahu tahu lah perangai orang Korea dan orang Jepun, mana lah Korea mahu kalah dengan Jepun dan sebalik nya.Macam main bola , biar kalah kepada Papua New Guinea asal jangan kalah kepada negara musuh tradisi.

Maka kepala kontraktor Jepun mengintai Korea, Kepala kontraktor Korea mengintai
Jepun masing masing dengan teropong nya.Jika satu berhenti maka yang satu lagi baru mahu berhenti. Jika hujan selalu nya berhenti kerana fakotr simen,maka akan di buat kerja lain pula atas sebab tidak mahu rugi waktu.

Hebat nya pemimpin Melayu ini ia lah dia boleh guna kan emosi 2 bangsa ini untuk percepat kan siap bangunan nya,no delay and no fuss. Seperti Putrajaya pemimpin Islam ini akan tetap selit kan Mesjid di dalam projek nya, tidak lah beliau melaung laung Islam dari sudut emosi atau slogan , bah kan mempraktik kan nya dalam tindak tanduk, Masjid As Syakirin juga ujud bersama bangunan gah ini.Seusia dengan menara kembar ini,Kira yang tinggi jadi lambang keujudan Petronas yang rendah lambang akur kehebatan ALLAH.

Selain menjadi bangunan yang menempat kan kakitangan PETRONAS , ia juga kini menjadi address syarikat ternama. Di satu waktu dulu heboh tersebar cerita konon nya seorang ulama besar di panggil untuk memindah kan bunian dari kawasan pembinaan ini, di kabar kan juga bas terpaksa di sewa.Terpikir juga jika sudah bunian perlu apa dengan bas? Tapi itu Cuma cerita besar di waktu pembinaan bangunan ini,
kesahihan nya tidak ada siapa berani sah kan.

Antara simbolik bangunan ini ia lah setiap pelancong dari luar negara terpaksa mendonggak ke atas melihat bangunan ini, ia nya seolah memberi tabik melihat keatas, “look up” dan bukan “look down” kepada bangsa Melayu ini.

Kini berbas bas pelancong datang paling ramai di sebelah Desa Kudalari untuk bergambar.Malah di depan simpang jalan P Ramlee /Yap Kwan Seng pun terbaring terduduk pelancong mahu mengambil gambar.

Ketika di soal oleh wartawan asing apa pendapat dan perasaan nya tentang bangunan Twin Tower akan jadi “second higgest” kerana bangunan “Taipei 101 “akan jadi “the highest” selepas ini? Jawap Tun Mahathir dengan senyum sinis “You must remember we built two tower at one time” dan yang faham akan senyum. Bermakna jika kami tumpu kepada paling tinggi kami tidak buat 2 tapi satu. Dan itu bukan matlamat nya,ia lebih kepada kebergunaan nya dan bukan kepada logo dan simbol nya.

Bangunan yang menelan kos hampir RM1.5 billion kini sudah menjadi asset yang bernilai 3 Billion lebih.Jika rasa ia nya membazir , jual lah dan ambil lah wang masuk kantong Petronas kembali.

Tiada masaalah pun. Oh lupa, Jambatan bengkok dan kereta kebal Singapura yang berat tidak dapat mendaki nya, nanti lah di lain masa.


#copypaste from page Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad

Wednesday, June 5, 2013

Ajaran2 Nabi Musa A.S., Nabi Daud A.S., Nabi Isa A.S. dan Nabi Muhammad S.A.W.:

1. Ajaran Nabi Musa A.S. kalau kita buka Al-Quran, Surah Al-Qasas, surah yang ke 28 mempunyai 88 ayat yang menceritakan mostly tentang Nabi Musa, mengajar umatnya tentang Mukjizat or extraordinary things. macam baling tongkat menjadi ular, membelah lautan, hentak batu tepancar 12 air untuk umatnya. masa zaman Nabi Musa A.S. mengajar tentang ilmu Mu'jizat dan sains

2. Sampai Nabi Daud, kalau kita buka Kitab Al-Quran, Surah Al-Hadid, Surah ke 57 mempunyai 29 ayat. menceritakan tentang Besi, Nabi daud membuat Baju Besi, kegunaan besi dalam semua benda. zaman itu, nabi Daud mengajar umatnya tentang pembuatan besi dan kegunaannya dengan orang ramai. Zaman Nabi Daud A.S>, baginda mengajar umatnya tentang ilmu Besi dan kegunaannya

3. Sampai Nabi Isa A.S. kalau buka Al-Quran, Surah Maryam surah ke 19, ada 98 ayat menceritakan tentang Nabi Isa, Baginda menyembuhkan orang buta, menghidupkan orang yang mati, menjadikan yang tak hidup kepada hidup. pada zaman baginda, Nabi Isa mengajar umatnya tentang ilmu perubatan.

4. Sampai Nabi Muhammad S.A.W. which is the Al-Quran, almost all pages dalam Al-Quran mengajar tentang ilmu pengetahuan. terutama sekali dalam Surah Al-Alaq, surah ke 96 ada 19 ayat mengajar kita suruh Baca! Jadi dari situ we can conclude, yang ajaran Nabi Muhammad S.A.W. adalah ilmu pengetahuan(knowledge)

sampai sekarang, kita akan membaca kerana itu adalah ilmu. itulah ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Baginda suruh kita ambillah, bacalah ilmu Allah yang limitless ini. seluruh umat manuisa mengikuti ajaran Nabi Muhammad sehingga hari ini.

p/s : copy paste dari page Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohamad

Saturday, June 1, 2013

Wrote by : A.Samad Said

Dirgahayu Mahathir

Sejak kau katakan dirimu tetap akan bersara, rakyat hampir serentak tergamam, sekeluarga, dengan tekun cuba membaca keganjilan abjad, ingin secermatnya menyelam kocakan isyarat- bermula dari langkahmu semenjak dua dekad, dari awal diseragamkan waktu yang keramat, meninggalkan kegoyahan tahta kota Melaka, meluru ke sejarah baru di Putrajaya.

Mulanya kau tukarkan derasnya isyarat masa- seluruh negara tiba-tiba rasa degupnya. Dan serentak pula kau dorongi pandang ke Timur, kau sedarkan begitu mulanya visi yang makmur, kau tegur sejarah Eropah berhati penjajah dan gesa rakyat agar segera menginsafinya.

Kau seorang pemimpin paling sering mengejutkan sehingga dalam panas kami mudah kesejukan dan dalam sejuk tiba-tiba kami kepanasan.

Kau seperti damai menyaksikan kami terkejut, kau ransang kami jadi juara–jangan takut. Daki gunung, lawat Antartika, rayapi benua, rentasi samudera dan saingi berniaga- segala yang puncak-selalunya itu kau pinta.

Kau pengingat bangsamu yang sering benar pelupa, penyedar satu perjuangan yang belum selesai, juga penghayat tanah airmu yang sungguh damai.

Kau sempat menjadikan ramai manusia gigih, di alaf damai,
mereka menyemai benih ilmu di musim permai mereka membisik kasih syahdu.

Kau gelorakan kejutan yang sebesar-besarnya, dan mendorong rakyat menjerit “boleh” segalanya! Kutahu, kau sentiasa benci kerja yang bebal,
lebih kau sanjung tiap pencapaian yang global.

Kau terlalu gemar mencabar setiap yang payah, menyedarkan bangsa, itulah antara caranya, meningkat taraf, menebus maruah dan anehnya, Kau memungkinkannya dengan cara yang istimewa.

Dengan resepi bancuhan amat luarbiasa, ramuan asli dari rempah satu citarasa, dan dengan tangan dan mata yang selalunya cerah, dapur bangsa menyedia sajian peribadi- demokrasi lazat dengan zat tersendiri.

Telagah dan teguranmu juga tajam berduri, malah dalam sekam yang sebu pun terjelir api. Dan dalam arus diplomasi dunia terkini, selalunya kau berdiri cekal depan sekali,
lancang bersuara sepejal peluru khursani, tanpa pengkalis, sebab, pengkalisnya kau sendiri.

Kawan-kawanmu sesekali dalam percobaan, yang akrab terkadang meloncat juga sebelah lawan. Dan kau memang seorang yang amat keras menghukum, serkadang yang patah amat payah sungguh dicantum.

Memang ada yang sentiasa ingin membencimu, dan sesekali, soal bahasa yang mampu, aku juga begitu. Tapi, bakti yang lain wajar jua dikira,
pemimpin tak semua benar, tak semua salah. Dan dalam sedikit gulana resah batin bangsa,
aku tetap menerimamu pemimpin berharga.

Memang kau telah berjaya menyumbang banyak bakti,
menjadi amat payah untuk sekadar membenci, apalagi yang diragukan lebih teka-teki.

Tampaknya kau tahu dimana stesen berhenti; sejauh mana pula pemimpin harus berlari.
Dan di antara stesen, kau sedia bersepi- menilai masa lalu dan menyukat masa kini.

Kau berhenti ternyata sebelum dirimu mengah, meninggalkan secebis peta dalam ribut kencang dengan megah di sisi kibaran Jalur Gemilang.

Disayang dibenci, kau harumi taman pertiwi; dibenci disayang, hikayatmu juga berseri.

Kau penguji sanubari dengan minda berkira, Dan dengan lidah dan hati yang belajar berimbang. Sayang, tidak semua tali pacu yang dapat diregang, maklum di mana pun pasti ada kuda yang garang.

Tapi, kau pujangga siasah berpeta pusaka, berkeris dan berperisai tangkas hampir serentak, merenjis mutiara kata yang payah ditolak.

Tentunya kau masih berada di dalam kawasan, merintih dan menyangsi ataupun memerhatikan. Aku percaya, dalam serba musim dan cuaca,
kau tidak pergi-hatimu tetap tegap di sini.

Thursday, May 30, 2013

Hello Friday !

Pagi-pagi aku  bangun..
Sebelum tu bercerita dulu mengenai malamnya !
Hahahahaa~
Malam tadi aku tidur pukul berapa erk ?
Nak dekat-dekat pukul 1 pagi jugak lah.
Tapi malam nya aku dah set jam dah.
Nak bangun solat subuh kul 6.30 pagi.
Snooze punya snooze.. 
Aku gagahkan diri jugak bangun pukul 6:50 pagi. hehehehhee !
Bangkit... bangkit... bangkit...
Walau terasa sukar mata untuk terbuka....
Tapi aku fikir balik
"ORANG YANG PALING KUAT ADALAH ORANG YANG BANGUN SOLAT SUBUH"
Yesss.. Bangun...! Aku terus menuju bilik air.. Amik wudhuk...

*********************

Usai solat subuh, aku pe lagi...
Terus rebahkan badan aku yang omey-omey ni kat katil.
Sambung kroh...kroh....
Buruk nau perangai kan ?
Kalau kat rumah ? Jangan harap.
Bising mak aku kang.... LOL~

**********************

Pukul 08:42 pagi aku bangun balik...
Hahahahahahah~ 
Cissss...
Mandi & basuh baju. 
Sidai baju.
Pastu bersiap diri...
Dengan harapan hari ni nak pergi mines....
Sebelum tu, aku dah berfikir nak makan apa..
Macam biasalah pepagi aku makan apa...
Nasi + ayam goreng dara + tempe goreng + ngan kuah masak kicap.
Hehhehehehe !
Tapi malangnya. Hari ni dia tak bukak lak....
Aku makan nasi tomato je lah....

************************

Usai makan., aku naik bas le.. Itu je yang mampu..
Plan nak pergi MInes. Kemain kau Hani...
Bila tengok ramai yang nak balik. 
Ramai yang angkut beg mereka yang besar-besar.
Seboleh-bolehnya sebesar alam kau tahu !
Pastu, aku tengok bas nak ke stesen komuter pun penuh gila.
Ok. Cancel !

*********************

Amik keputusan, stop kat Perhentian Bas kat Fakulti Science.
Belakang dia Fakulti Ecology Manusia lah...
Fakulti aku. kekekekekeekek!
Dan dekat dengan Park View..
Disitu ada nya
CIMB bank
Kafeteria Parkview
KR1M (koperasi runcit 1 Malaysia
KB1M (koperasi buku 1 Malaysia)
ehhh..macam-macam lah yang ada...

*********************

Macam biasa. 
Agenda utama aku mesti cocok duit. Bahahhahahaa~
Pastu aku shopping lah kat KR1M.
Aku beli.................
1) Roti Gardenia Butterscotch. RM4.20
2) Milo 3 in 1 5 sachet. RM1.00 $ each
3) Nescafe 3 in 1 pun aku beli 5 sachet. 0.70$ each
4) m&m's 4 packet aku beli. RM2.50 each
5) Dutch Lady kotak aku beli 1 je. untuk minum RM1.60

Kat KB1M lak
aku beli...........
1) Surat Khabar kosmo 0.60$ maklumlah kat U dapat beli dgn separuh harga.
2) Exam Sheet RM3.00
3) Buku "keajaiban Ayat Kursi RM16.00

MAri lihat gambar. hahahahaha~
Gambar tak semua lah aku nak tunjuk.
Itu sengal namanya. kekekekekekekekee~
BTW, Happy friday korang. hehehehehehehe~ 





















































HAVE A GREATS FRIDAY YOU ALL~ :D

Bermulanya 'study week' yeayyyyy !

Tengok muka. Tengok.
Kemain tajuk ada 'yeayyy'

Padahal dalam hati "nayyyyyyy" LOL



























First paper :
Psychology : Adult and Ageing.
10 June 2013

Second paper:
Quality of Life, Globalization and Information Technology
12 June 2013

Third paper:
Introduction to Physiology
14 June 2013

Fourth paper:
Oral Interactions Skills
15 June 2013

Fifth paper:
Decision Making and Management
18 June 2013

Last paper:
Policy Social and Laws
21 June 2013

22 June 2013 going back to Sarawak yeayyyyyy !
Study Hani study... Jangan nak yeay sangat ! 

Saturday, May 25, 2013

Tidur di waktu senja.

Usah di tanya kenapa !
Lepas balik dari library je.
Mata aku memang mengundang .
Tak cukup tidur ? Boleh percaya ?
Takkan lah. 6 jam should be enough lah !
Am I right ? 
Or should I sleep for 8 hours ?
Arghhh !

Sampai bilik, around 5 macam tu kot. 
Then baring-baring kat katil.
Dengan pegang notanya.
Kengkonon nak baca sementelah nak menggunakan masa serpihan.
Yelah, nota tu aku buat masa perdana kot. 
Then masa serpihan lah aku gunakan untuk baca nota.
Bahahahaa~
*pening kepala baca?*
It's okay ! Abaikan je.
Aku pun tengah pening ni.
Maklumlah..

Guess what ? 
Baca suku page nota.
Hmmmm~ Sambil reply sms stacy !
Tahu tahu aku terlena.
Haaaa ! Nota ke laut.
Stokin yang aku guna untuk tidur malam pun jatuh ke katil. 
LOL
Nampak tak permainannya di situ ?

Cuba teka lagi sekali.
Pukul berapa aku bangkit dari tidur ?
Nak aku bagi tahu ke ? OK.
Pukul 20.50 p.m.
Lama tak lama aku tidur ?
Melampau kan ?
Bangun-bangun. Aku buat apa ?
Pergi bilik air le.
Mandi.
Sebelum tu, aku habaq mai na..

Aku bercuti. Bendera berkibar di angkasa.
Hehhehehehe !

Habis mandi basuh baju bagai, kira-kira 21:45 pm.
Bukak lappy, rancangan asal. Nak buat nota le.
Pe lagi ? 
Hmmmmm~ Bukak lappy, lain jadinya.
Sambil bukak lappy, sambil online.
Sambil merenyam !
Bahahahahah !
Eyeeekkkk~

Sambil makan chocolate cadbury 'black forest'
Paling tak suka bila jeli tu melekat kat gigi ! 
So hell yeahhh !
Tak pasal aku kena korek bagai...

Ohhh.. Aku tak citer lagi pasal tengkuk aku sakit.
Bangun tidur memang rasa sakit gila.. 
Hmmm~ Cemana tah cara aku tidur ?
Dalam bilik air, ambik masa jugak le nak menahan sakit.

Ni, aku nak buat apa sekarang ni ?
Update blog.
Pastu?
Tidur ?
Esok g library tak Hani ?
Entah.
Kalau rajin, pergi.
Kalau tak ?
Tidur je lah. Bahhahahha !
Minggu depan minggu 14..
Last kuliah tahu !
Pastu ,
study week pun bermula,
pastu. final exam.
pastu.. bertarung lah nyawa di dalam dewan peperiksaan.
Banyak aku punya 'pastu'





























i've a pairs off jeli on the top of my tounge. grrr..
merana aku nak kunyah.
mesti lekat kat celah-celah gigi !
p/s i'm 22 years old !
bahahahahaha~





























walaupun aku dah tidur petang sampai ke hampir2 21:00 pm,
mata aku nak jugak tidur. 
Ni apa jadi ni ?
Hormon melatonin tak habis ganti lagi ke ?

Aiyoooo Haniii!
Marilah kita tidur. 
Malam ni, memang tak produktif lah aku ye.
Tak study langsung...
:D