Friday, September 16, 2011

NIKMAT SOLAT SUBUH~ :)


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.


Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.


Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.


Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.


Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)


Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.


Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)


Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”


Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?


Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:


“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).


Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.


Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.


Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)


Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh

Monday, September 12, 2011

hidup ni mudah jika anda rasa mudah~


macam biasa, copy paste for sharing :)

1.Ada seseorang ketika ingin melamar pekerjaan,ternampak kertas di lantai kemudian memungutnya dan membuangnya kedalam tong sampah.Hal tersebut ternampak oleh penemuramah pekerjaan,dan dia pun mendapatkan pekerjaan tersebut.

*Ternyata untuk memperolehi penghargaan itu cukup mudah,hanya dengan memelihara tabiat yang baik.

2.Ada seseorang menjadi pekerja di kedai basikal.Suatu hari ada seseorang mengantarkan basikal yang rosak untuk diperbaiki di kedai basikal tersebut.Setelah memperbaiki basikal tersebut,pekerja tadi juga membersihkan basikal tersebut hingga bersih mengkilat.rakan sekerja yang lain mentertawakan akan perbuatannya itu.keesokan hari,pemilik basikal tersebut mengambil basikalnya,dan pekerja tadi pun diambil bekerja dengan nya.

*Ternyata untuk menjadi orang yang berhasil itu cukup mudah,hanya dengan memiliki inisiatif sedikit.

3.Seorang budak berkata kepada ibunya:’Ibu hari ini kelihatan sangat cantik’.
Ibunya bertanya:’Mengapa?’.Budak tersebut menjawab:’kerana hari ini ibu tidak marah-marah’.

*Ternyata untuk menjadi cantik itu cukup mudah,hanya perlu tidak marah-marah.

4.Seorang Jurulatih bola berkata kepada muridnya:’Jika sebuah bola terjatuh kedalam semak,bagaimana cara mencarinya?’.
Ada yang menjawab:’cari mulai dari bagian tengah’.
Ada yang menjawab:’cari didalam bagian semak’.
Ada yang menjawab:’cari di bagian semak yang tinggi’.
Jurulatih memberi jawapan yang paling tepat:’setapak demi setapak,cari dari ujung semak sebelah sini hingga ujung semak sebelah sana’.

*Ternyata jalan menuju keberhasilan itu cukup mudah,hanya melakukan segala sesuatu setahap demi setahap secara berurutan,jangan melangkau.

5.Seorang petani menyuruh anaknya setiap hari bekerja dengan rajin di ladang.kawannya berkata:’tidak perlu menyuruh anakmu bekerja dengan keras.tanamanmu tetap akan tumbuh subur’.Petani menjawab:’aku bukan sedang menyuburkan tanamanku,tapi aku sedang membina anakku.

*Ternyata membina seorang anak itu cukup mudah,hanya membiarkan dia rajin bekerja.

6.katak yang tinggal di sawah berkata kepada katak yang tinggal di tepi jalan:’Tempat tinggal mu terlalu berbahaya,tinggallah denganku’.katak di tepi jalan menjawab:’aku sudah biasa,malas untuk berpindah’.beberapa hari kemudian katak ‘sawah’ menjenguk katak ‘tepi jalan’,dan menemukan katak ‘tepi jalan’ tersebut mati dilindas kereta yang lalu.

*Ternyata cukup mudah mengengam nasib kita sendiri,hanya dengan menghindari rasa malas saja.

7.Ada segerombolan orang berjalan di padang pasir,semua berjalan dengan berat sangat menderita.Hanya seorang yang berjalan dengan penuh gembira.mereka bertanya:’mengapa engkau gembira?’.Dia menjawab sambil tertawa:’kerana barang yang kubawa hanya sedikit’.

*Ternyata untuk memperolehi kegembiraan itu cukup mudah,hanya tidak serakah dan secukupnya saja.You are what you think about. Beware of your mind.

Sunday, September 11, 2011

Ya benar :)


Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya.
“Wahai ulama. Katakan kepadaku, apakah benar Allah itu wujud?”
Dengan tenang, lelaki tua membuka bicara.
“Anak muda, lihat pokok itu. Dari mana asal pokok itu?”
“Mestilah dari benihnya.”
“Jika begitu, lihat pula dirimu. Dari mana asal dirimu?”
“Aku berasal dari ibubapa ku. Mereka melahirkan aku.”
“Maka, kau bersetuju jika aku katakan bahawa setiap yang ada di dunia ini ada asal-usulnya, ada penciptanya?”
“Ya. Aku setuju. Aku setuju bahawa setiap yang ada didunia punyai asal-usulnya dan penciptanya. Tapi, aku nyata masih ragu-ragu. Jika benar Allah itu wujud, mengapa kita tidak mampu melihat-Nya?”
‘Wahai anak muda, apa pegangan agamamu?”
“Aku seorang Nasrani. Aku yakin Isa itu anak Allah kerana dia boleh dilihat dan dia pernah wujud”.
“Anak muda, aku mahu bertanya. Adakah kamu setuju bahawa anak ayam akan menyerupai ibunya? Adakah kamu percaya, anak kambing akan menyerupai ibunya?”
“Pasti.”
“Lalu, bagaimana kamu boleh katakan Isa itu anak Tuhan, sedangkan Tuhan tidak mati dan Isa pula mati.”
“Jangan kamu cuba memutar belit. Kamu belum menjawap persoalanku lagi. Kamu orang islam, tak nampak Allah, tapi bagaimana kamu percaya ia wujud?”.
“Anakku. Bagaimana jika aku katakan bahawa bukan semua perkara boleh kita lihat, tapi kita tahu ia wujud. Lihat dirimu, apa kau mampu melihat otak yang berada dalam kepalamu? Apa kau mampu melihat jantung yang berada dalam badanmu? Bagaimana pula dengan udara. Apa kau mampu melihat udara? Tidak. Tapi kau tahu ia wujud. Allah juga begitu. Kita tak mampu melihat Allah, kerana itu kehendak-Nya. Allah tidak sama seperti makhluk. Jika kita mampu melihatnya, itu tanda bahawa kita hebat. Maka, Allah sengaja menyembunyikan wajah-Nya, supaya kita merasakan bahawa Dia hebat. Dia Berkuasa. Bahkan, Dia mampu berbuat apa saja. Seperkara, Allah itu tidak boleh dilihat di dunia kerana Dia hanya boleh dilihat oleh ahli syurga sahaja. Maka anak muda, jawab pertanyaanku tadi. Allah tidak mati, jadi mengapa Isa yang kau kata anak Tuhan boleh mati? ”
“Jika begitu, khabarkan kepadaku siapa ayah isa?”
“Penciptaan Isa itu sesungguhnya sama seperti penciptaan Adam. Manusia pertama di bumi. Allah Maha Kuasa. Dia mampu menjadi segala sesuata dengan kehendaknya. Maka, kerana itu Dia jadikan Isa, tanpa bapa.”
“Baiklah wahai ulama. Aku berpuas hati dengan jawapanmu. Tapi aku cuma ada satu persoalan sahaja lagi. Apa bukti Allah wujud?”
“Buktinya ialah dirimu.”
“maksudmu?”
“Jika Allah tiada, maka siapa yang menciptakan bumi ini?”
“Ia terjadi sendiri”
“Tadi kau setuju bahawa setiap yang wujud atas bumi ini ada penciptanya bukan? Maka, mustahil bumi ini boleh wujud dengan sendiri”
“Mengapa mustahil?”
“Kerana jika sesuatu itu boleh wujud dengan sendiri, pasti kau akan melihat bahawa manusia pasti tidak mampu membina rumah kerana setiap kali mereka menebang pokok, pokok itu akan tumbuh kembali. Kamu juga pasti tidak akan mampu makan, kerana setiap kali kamu menyembelih bianatang, pasti binatang itu akan kembali hidup kembali, tidak mati-mati. Kamu juga pasti tidak mampu untuk berjalan kemari untuk bertemu denganku, kerana sekali kau melangkah, kamu pasti akan terjatuh kerana permukaan bumi yang sentiasa boleh berubah-ubah sesuka hati. Kamu juga akan dapati bahawa ada hari yang ada siang, dan ada hari yang ada malam. Siang dan malam boleh berlaku, dan boleh tidak berlaku. Sesukahati. Kamu juga akan mendapati bahawa hujan boleh turun selama 1 tahun tanpa henti. Semua bolah berlaku jika kamu kata alam ini tiada kuasa yang mengawal. Tapi, segala yang berada atas muka bumi ini sangat teratur. Sempurna. Bukankah ini tanda bahawa ada satu kuasa yang mencipta, mengurus dan mentadbir alam ini?”
“Ya. Tidak dinafikan. Tuhan lah yang mentadbir alam ini”
“Jadi pada perkiraanmu, adakah tuhan itu mati atau Tuhan Yang Maha Hidup?”
Senyap..
“Bagaimana, adakah Tuhan yang mati menguruskan alam ini, atau Tuhan yang Maha Berkuasa?”, ulama itu mengulangi pertanyaan. Raut wajahnya tetap tenang kerana dia pasti bahawa pemuda itu sudah faham.
Lalu, dengan perlahan pemuda itu menjawab, “Tuhan yang tidak mati”
Lalu dia bangkit, “Ketahuilah wahai ulama. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah”.
_____________
Setiap orang islam percaya bahawa Allah itu wujud. Tapi seringkali, ‘kewujudan Allah’ hanya ada pada akal kita. Tidak pada hati. Hati kita masih tidak merasakan kewujudan Allah. Kerana itu, kita masih bergelumang dengan maksiat, seolah-olah kita tidak diperhatikan. Seolah-olah kita tidak akan di hisab, dan seolah-olah kita tidak akan diberikan balasan.
Muhasabah diri…
Kita ini sama seperti orang yang baru convert kepada islam. Kita banyak tahu, tapi sedikit sekali kita faham. Kita tahu itu haram, ini dosa. Tapi kita masih tetap melakukannya. Kerana apa? Kerana kita masih tidak dapat merasakan bahawa Allah itu wujud dalam hati kita. Hanya akal yang mengiyakan, tapi hati seolah-olah menafikan.

Bagaimana jika kita mati tanpa Allah ada dalam hati?
Nauzubillah..

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.

sakit pale~

aq nih asyik kena marah je kan ?
aq pun tak tahu la na cakap mcm ne .
silap sikit je , orang terasa ati .
macam mana la aq nak buat ?
...
shit la..
asal otak aq nih lembab sgt dah nak menulis entry ?
tak selincah dulu, masa zaman kegemilangan aq menulis !
sekarang nih...
mcm sial la...
jejari runcing aq pun dah kurang peka terhadap 
keyboard !
huhuhu~
macam mana la ... adoiii laa....
ke dah lama aq tinggalkan dunia blogger ?
atau aq memang malas nak kemaskini blog aq ?
setelah aq deactivated kan blog lama aq ??
otak aq tepu ....
minda aq menerawang ntah g mana la...
haishhhh~ 
apa la nak jadi kan ?

dia bukan lagi milik hati ini ..


Ya allah ya tuhan ku….
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang pernah wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya wujud sekali sahaja untukknya….


Aku tak sanggup menangung derita mencintai dan merindui nya lagi…
Sedangkan ku tahu dia bukan miliku lagi….
Aku doakan dia bahagia bersama insan lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..


Ya Allah ya tuhan ku…
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki perasaan cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku mencintainya telah habis….
Kau tutup kan perasaan cintaku ini untuknya….
Agar bayang2 cintanya tidak terus menghantui hidup ku ya Allah…


Aku tahu aku terlalu mencintai nya….
Setiap masa ..setiap saat…
Pasti terbayang memori2 indah aku bersamanya….
Kehilanganya memang sukar ku terima….


Aku tahu…dia takkan kembali kepada aku lagi….
Aku terima ujian mu ini ya Allah dengan hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku hadapinya….
Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam bercinta…
Sedangkan cinta yang hakiki hanya lah padamu Ya allah….


Ya Allah ya tuhan ku…..
Bantu lah aku untuk melupakan nya ya Allah…
Aku mahu terus hidup dalam dunia yang nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita mencintai dan merinduinya ..
Mencintai dan merindui dia yang bukan lagi miliku…


Aku telah merelakan dia pergi ya allah…
Aku terima dengan pilihanya ya allah..
Aku redha jika takdirnya dia bukan jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga pergi…


Biarlah kisah cinta aku dan dia menjadi sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih bersyukur ….


Ya allah ya tuhanku…
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam  kesedihan cinta ini ya allah…
Semoga satu hari nanti cinta di hati ku ini akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba ya allah…
Kau jatuh kan lah cinta ku itu pada …
Seseorang yang melabuhkan cintanya padamu ya allah..
amin2…ya rabbal al amin….

Friday, September 9, 2011

copy paste for sharing :)


Assalamualaikum....
maaf jika kehadiran thread ini tidak disenangi...tapi saya cuma nak kongsi kebenarannya..
Cinta adalah sesuatu lumrah dan dilahirkan suci dari hati setiap manusia sebagai anugerah dan Amanah daripada Allah.....
Namun kehadiran cinta disalah ertikan oleh manusia sejak zaman jahiliah lagi.....
COUPLE!!!!!!
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan Muhrim.....
tiada hadis dan ayat dalam Al-Quran yang menghalalkan perhubungan ini.....
malah ada hadis yang mana menegah lelaki dan wanita memandang sesamanya dengan nafsu dan keinginan........
tetapi sekarang ada yang malah bersentuhan tangan...MasyaALLah.....
Bahkan lebih lagi...AstagfirullahalAzim....
..
Cuba selami apa faedahnya becouple.....
gaduh pujuk...sharing.....borak-bora
k..jalan-jalan.....dlll....
semua itu adalah hiasan yang lebih nikmat jika dimasukkan selepas perkahwinan...
selamat diduni dan akhirat....
Nak kenal dulu...itu alasannya.....
pertunangan adalah sebaik-baik perkenalan...
scanner cinta adalah agama.....
bukti kasih adalah iman...
tanda setia adalah kepatuhannya pada Allah....
kejujuran adah pengertian ibadah dan Al-Quran..
jika telah ada semua itu...untuk apa couple......
Nabi saja tidak pernah....Kita siapa untuk melakukannya....
apatah lagi setelah mengetahui kedudukan Couple itu tiada bainya malah ditegah oleh agama...
jika agama melarang..larangan itu dari SIAPA????
ALLAH................
Wassalam

Friday, September 2, 2011

about SIGMUND FREUD :)

yeahHHH~ this is about  ! errr ! about what ??
aq tunjuk gambar dulu la k :)


boleh bace kan ? hahaha :) kalo nak lagi jelas, tengok je kat link nih;

yess ~the status..memang ade sangkut paut &betul2 terjadi dlm diri aku..
bukan nak kata dye ada perli aq or kiteorg nih berperang..memang tak la..
hahahaha~jgn suspen lah k :) tp..this is about man !
man ! man ! and man ! cam haram je !
adoii~
merapu apa la aku nih ? 
haiyaaa~ cukup2 lah..iskkk~ tak elok kot...
hahahahahah~
ngokngek tul la aq nih kan ? 
hahahahahaha !!! adehhhh ~!
tapi..yg menjd tanda tanya skrg nih..
mcm mana aq leh tulis komen2 mcm tuh ?
aduiii~ sedangkan dlm hati Allah je tahu...
hati dan perasaan nih...mmg susah la kalo nak d pikir2kan..
yup..acting like strangers tuh mmg betul !
aq..tak tahu nak ckp pe...dlm situasi aq skrg nih..
sama ada salah aq atau slh dye ?
aq x sanggup kot nak tulis byk2...tp apa yg penting,
skrg aq praktikkan teori SIGMUND FREUD kat dlm diri nih...
kalau dye ada ego ! aq pon ada ego aq jugak lah...
tp ko kena igt 1 hal...aq xkan menangis hanya utk kau....
aq tahu, air mata yg gugur walaupun hanya sebutir,
kau takkan hargainya ok !
i know that...hahahahaha~
aq malas nak follow the flow la.... :) 
so , ko faham2 la kan.....
wait and see je la....kita tgk sejauh mana ianya akn berlangsung !
kau happy dengan cara kau, aq pun happy jugak !
tp kalo kau tak happy, aq tak tahu la nak wat pe an ? hahahaa :)
so, life goes on babe !
cheers ~!!!